Tuesday, November 9, 2010

Bahasa Kebangsaan

Sungguh kelakar melihat orang Malaysia yang masih tidak reti untuk berbahas dalam bahasa Malaysia, bahasa kebangsaan yang menyatukan orang Malaysia menjadi '1'. Saya baru lepas melihat rancangan apa ntah di tv3, Wardina, pengacara perempuan kegemaran saya dan adik dia juga merupakan sabahat saya semasa saya di sekolah rendah, interview seorang wanita ntah pasal apa ntah tetapi tidak reti langsung menggunakan bahasa kebangsaan malah dia hanya boleh bertutur bahasa English sampai ada seorang mamat tu tergelak bila wanita tue cam tergagap nak cakap bahasa malaysia last last cakap bahasa English. Kenapa masih wujud rakyat seperti ni? kata 1Malaysia? bangga ke guna bahasa orang jajahan semasa berkomunikasi antara satu sama lain?saya rasa lagi BANGGA bila berkomunikasi dalam bahasa Malaysia. ada gak orang kutuk kutuk aku menggunakan bahasa Malaysia. aku bangga sial!!! Dan aku sedih tengok ada setengah cam malu nak komunikasi dalam bahasa Melayu. Aish, aku bukan apa, aku pun reti nak speaking in fact dalam agama, menguasai ilmu adalah harus untuk mengembangkan agama Islam. Belajar bahasa lain tue bukan salah satu ilmu gak ke, jadi tak salah kita nak menguasai ilmu tetapi jangan nak banggakan ilmu, nak bezakan standard ngan pertuturan. Aku hanya bezakan orang tue ngan akhlak dia jer. walaupun kaya manapun tetapi agama rendah buat apa. aish. Jadi peringatan kepada semua orang, tolonglah hargai pengorbanan mereka yang ingin merdekakan kita daripada jajahan orang yang tak bertanggung jawab.

2 comments:

  1. hehe bro..aku dah link kan blog kau kat along nyer page k..hehe. Cuma nnti aku nk highlight kan lagi link..cuba check out at my blog.

    ReplyDelete