Korang kenal siapa Rosli Dhoby? Rosli Dhoby ini adalah perjuang menuntut kemerdekaan Sarawak daripada British mati, di tali gantung pada 2 Februari, 1950. Dan berapakh usianya pada ketika itu? 17 tahun!! pergh…korang bayangkan la umur muda macam ini dah berjuang. Cuba korang fikir umur 17 tahun korang berjuang apa? adakah korang menuntut kebebasan untuk mula membuat benda bukan bukan (baru habis SPM).
Sedikit info yang boleh aku kongsikan mengenai Rosli Dhoby, Anak muda Melanau yang dilahirkan pada 1932 di Sibu telah menganggotai Gerakan Pemuda Melayu Sarawak (GPMS) yang ditubuhkan bagi menentang penjajah British swasta, keluarga Sir Charles Vyner Brooke yang kalah di tangan Jepun dalam Perang Dunia Kedua tetapi mahu menyerahkan Sarawak kepada Pejabat Kolonial di London selepas Perang pada tahun 1945.
Beliau telah dipilih oleh Rukun 13, dimana Rukun 13 ini ditubuhkan untuk menikam Sir Duncan yang amat tidak popular di kalangan masyarakat bumiputera Sarawak kerana bersikap angkuh terhadap mereka. Beliau didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British kedua Sarawak Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember, 1949. Pada jam 9.30 pagi di hari itu, Rosli telah menikam perut Sir Duncan dengan pisau tradisi Melanau yang dipanggil Badik.
Rosli menjerit: “Keluar dari sini atau kamu mati!”
Pada 15 Disember1949, Rosli telah dihukum gantung sampai mati di penjara Kuching tanpa batu nisan..namun beliau telah dikebumikan semual pada 2Mac 1996 di Sibu.Ini adalah isi kandungan warkah terakhir Rosli Dhoby kepada keluarganya sebelum dihukum gantung
Kepada ibu bapaku yang dimuliai dan ditaati serta dicintai siang dan malam. 1. Selamat berpisah anakanda ucapkan di atas kematian anakanda yang dahsyat. Janganlah diingat-ingat dan dirayukan kerana itu memang sudah nasib dan takdir anakanda yang tak dapat dielakkan dan dimungkirkan lagi.
2. Peliharakanlah adik dan kakak serta semua ahli kita - Berikan segala pelajaran sama ada `Sunat’ atau `Fardu’ kepada mereka.
3. Ampunilah dosa dan kesalahan anakanda dari merah tapak kaki dipelihara ayahanda dan bonda sehingga hari perpisahan anakanda. Dan halalkanlah makan minum anakanda.
4. Selimutilah jenazah anakanda dengan Panji Kebangsaan Sarawak.
5. Segala perkakas tulis menulis, buku dan pakaian anakanda itu, berikan semuanya kepada Adik Aini.
(Datuk Aini Dhoby adalah seorang pengasas Barisan Rakyat Jati Sarawak dalam tahun 1961 bersama dengan Tun Ahmad Zaidi, bekas Ketua Menteri Sarawak ketiga dan Yang Dipertua Negeri Sarawak keempat Tun Abdul Rahman Yaakub, dan Ketua Menteri Sarawak keempat Tan Sri Dr Abdul Taib Mahmud.
Barisan Rakyat Jati Sarawak atau BARJASA kemudian dinamakan Parti Bumiputra Sarawak dan akhirnya, Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak atau PBB)
6. Sementara anak kecil Fatimah, berilah dengan nama ROSLI sempena memperingati anakanda.
7. Sampaikan salam hormat dan maaf serta selamat dari anakanda kepada ibu tua dan bapa saudara anakanda.
8. Ayahanda dan bonda serta ahli keluarga sekalian janganlah lupa mengamalkan kebajikan dan mendirikan sembahyang untuk bekalan istimewa ke alam yang kekal.
Salam sembah dari anakanda.
Rosli Dhoby
1 Mac, 1950.
petikan ini aku copy dr mana ntah.